Tuesday, October 13, 2009

Lampin Kain Moden Wuddah (Wuddah Baby Cloth Diaper)





Pemakaian lampin kain moden menjadi semakin popular kebelakangan ini berikutan tahap kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya penjagaan anak secara semulajadi terutamanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun yang amat mementingkan kesihatan dan penjagaan alam sekitar.


Tahukah anda apa yang ada dalam lampin pakai buang yang penggunaannya sangat meluas ketika ini?
  1. Dioxin - sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran, kerosakan limpa, penyakit kulit dan kerosakan genetik. Bahan ini disenaraikan oleh EPA (Environmental Protection Agency) sebagai bahan yang sangat toksik dan merupakan bahan kimia penyebab kanser.
  2. Tributyl-Tin (TBT) - Boleh menyebabkan masalah hormon yang serius kepada manusia dan haiwan.
  3. Sodium polyacrylate - Boleh dilihat sebagai sejenis gel. Juga merupakan sejenis bahan yang sangat toksik.





Ruam lampin?
  • Sangat kerap berlaku kepada bayu yang menggunakan lampin pakai buang.
  • Dipercayai disebabkan oleh kesan tindak balas air kencing atau najis bayu dengan bahan-bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang.
  • Ianya berwarna merah dan terjadi di sekitar kawasan pemakaian lampin dan bila ianya semakin teruk, ia akan menyebabkan kulit bayi berdarah.
Kenapa memilih pemakaian lampin kain moden?
  1. Kesihatan kulit bayi dan kesihatan bayi - penggunaan lampin kain moden boleh mengurangkan risiko ruam lampin dari 78% (kes ruam pada 1991) kepada 5% (kes ruam pada 1955)
  2. Menjimatkan wang - penggunaan lampin kain moden adalah menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
  3. Mesra alam - daripada kajian, lampin pakai buang menyumbang sebagai sampah ketiga terbesar dunia dan ianya mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput.
  4. Latihan buang air sendiri - menurut kajian dalam Wall Street Journal, 4 Mei 2000, pemakaian lampin pakai buang telah menyebabkan bayi lewat belajar membuang air sendiri 6 bulan dari yang sepatutnya.
  5. Anti-bakteria secara semulajadi - fabrik buluh secara semulajadi mempunyai elemen yang menentang pembiakan bakteria.
  6. Fabrik buluh menyerap lebih 60% banyak daripada fabrik kapas dari kuantiti yang sama.
  7. Fabrik buluh juga dapat melindungi dari sinar Ultra Violet (UV), tahan lasak dan mewah untuk bayi.
  8. Penyelenggaraan yang mudah - ianya boleh dibasuh dan dikeringkan menggunakan mesin basuh.



Keistimewaan lampin kain moden Wuddah
  1. Saiznya lebih besar dari kebanyakkan jenama lain di pasaran (sesuai bagi bayi baru lahir hingag berat bayi 15kg)
  2. Boleh memuatkan dengan baik bayi yang bersaiz kecil kerana sayapnya boleh dilaras dan dipasang secara bertindih dengan adanya ciri butang tambahan istimewa pada sayap.
  3. Mempunyai ciri poket tersembunyi sebagai tambahan bagi memastikan pelapik (insert) tidak terkeluar semasa lampin kain dipakai terutamanya jika bayi telah lasak.
  4. Pelapik boleh dibutangkan melekat dengan lampin kain bagi memastikan ianya sentiasa berada di posisi yang betul dan mengelakkan kebocoran akibat pelapik yang salah posisi. (hanya terdapat pada Bamboo CD)
  5. Harganya lebih murah dan berpatutan berbanding lampin kain jenama lain setandingnya di pasaran. Maka anda boleh menikmati penjimatan berganda.

Bagaimana anda berjimat?



A. Purata kos pembelian lampin pakai buang (berdasarkan penggunaan maksima sebanyak 6 helai sehari bagi seorang bayi)
  • RM0.50 X 6 helai X 30 hari = RM90.00 sebulan
  • RM90.00 X 12 bulan = RM 1080.00 setahun
  • RM1080 X 3 tahun = RM3240.00
(3 tahun adalah umur ideal bagi bayi tidak lagi menggunakan sebarang lampin dan sepatutnya telah mahir membuang air sendiri)


B. Kos bagi pembelian 20 helai lampin kain moden Wuddah (20 adalah jumlah yang disyorkan)

RM39.00 X 20 helai = RM780.00 (Wuddah Micro fibre Button CD)


C. Penjimatan:


RM3240.00 - RM780.00 = RM2460.00



No comments:

Post a Comment