Jika anda mencari sesuatu yang lembut dan kuat menyerap bagi bayi anda disamping itu anda mengambil berat tentang alam sekitar, Wuddah Bamboo CD adalah produk untuk anda. Produk yang berasaskan buluh ini mula menjadi popular bukan sahaja bagi lampin kain, malah bagi produk-produk pemakaian bayi yang lain. Sila baca entry di bawah ini dan anda akan tahu mengapa......
Buluh tumbuh seperti rumput tanpa menggunakan bahan kimia atau racun tumbuhan. Oleh itu ia memberi impak yang amat sedikit kepada alam sekitar apabila ia dituai. Berikut adalah kelebihan fabrik buluh berbanding fabrik yang diperbuat daripada kapas:
- Mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi
- Mengelakkan kulit menjadi lembap agar bayi anda sentiasa selesa.
- Dua kali ganda kuasa menyerap daripada kapas
- Amat lembut apabila bersentuhan dengan kulit
- Pengudaraan yang amat baik dan sejuk apabila dipakai
- Melindungi sinaran ultra ungu (UV)
Anda akan jatuh cinta dengan lampin kain yang menarik dan amat lembut. Ia amat menawan dan cantik serta tanpa memakai pakaian tambahan di atasnya.
- Fabrik buluh adalah tahan lama, ekologikal, dan kelihatan mewah kepada bayi anda
- Lebih serapan daripada kapas tanpa kelihatan lebih tebal.
- Semulajadi anti-bakteria.
- Mudah untuk digunakan.
- Lebih ekonomi - lebih nilai wang anda.
No comments:
Post a Comment